Sambutan Hari Bapa yang terbaik bukan yang paling mewah. tetapi yang buat ayah pulang dengan rasa dihargai. Pilih satu atau gabungkan beberapa aktiviti dan jadikan Hari Bapa 2026 lebih istimewa daripada biasa.
Lupakan hadiah klise tahun ini. Sambutan Hari Bapa yang paling bermakna selalunya datang daripada masa berkualiti, gelak tawa dan pengalaman yang dikongsi bersama. Sama ada ayah anda jenis aktif, santai, foodie atau sentimental, ini senarai aktiviti yang boleh dijadikan inspirasi.
Aktiviti Outdoor
Hiking
Mulakan pagi dengan aktiviti hiking sambil menikmati udara segar dan pemandangan hijau. Tidak perlu terlalu ekstrem, pilih laluan yang mesra keluarga dan jadikan perjalanan itu ruang untuk berbual tanpa gangguan.
Memancing
Kadang-kadang aktiviti paling menyeronokkan ialah yang paling sederhana. Memancing beri ruang untuk berbual, berehat dan menikmati masa tanpa tergesa-gesa.
Sukan yang sedang popular ini mudah dipelajari dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Berkelah
Sediakan tikar, makanan kegemaran ayah dan nikmati petang santai di taman. Tambah permainan ringan seperti kad atau frisbee.
Morning Coffee Ride
Untuk ayah yang sukakan memandu atau menunggang motosikal — rancang perjalanan pendek ke kafe menarik.
Family Fun Run atau Cycling Day
Sertai acara komuniti atau cipta laluan sendiri di kawasan sekitar.
Main Golf atau Driving Range
Tak perlu jadi pemain profesional, ini peluang belajar sesuatu yang ayah minat.
BBQ Backyard Party
Biarkan ayah jadi “grill master” untuk sehari atau lebih baik, semua orang ambil alih dan biarkan ayah berehat.
Glamping Weekend
Kalau mahu suasana bercuti tanpa terlalu lasak, glamping ialah pilihan yang cukup menarik.
Street Food Hunting
Buat senarai lokasi dan cuba sebanyak mungkin makanan dalam sehari.
Cari Hidden Gem Sekitar Bandar
Jadi pelancong di tempat sendiri, muzium kecil, kawasan seni atau kafe unik.
Aktiviti Indoor
Temu Bual Ayah Dalam Bentuk Video
Minta anak-anak jadi wartawan dan rakam cerita, nasihat serta memori ayah untuk disimpan sebagai arkib keluarga.
Aktiviti yang buat semua orang perlu berfikir dan bekerjasama.

Thrifting
Cari item unik sambil menikmati proses berjalan dan memilih bersama.
Family Game Night
Main board game, kad atau kuiz keluarga. Tambah hadiah kecil untuk pemenang.
Movie Marathon Tema “Dad’s Choice”
Biarkan ayah pilih filem kegemaran dan sediakan popcorn tanpa had.
Masak Menu Kegemaran Ayah Bersama-sama
Daripada keluar makan, cipta pengalaman memasak yang lebih peribadi.
Buat Scrapbook Keluarga
Kumpulkan gambar lama dan tulis nota kecil daripada setiap ahli keluarga.
Family Karaoke Session
Sediakan playlist nostalgia dan lihat siapa paling berani ambil mikrofon.
Blind Taste Challenge
Uji siapa paling hebat kenal makanan atau minuman kegemaran ayah.
MasterChef: Dad Edition
Beri cabaran memasak mengikut tema dan lantik ayah sebagai juri.
Build Something Together
Pasang perabot, tanam mini garden atau buat projek DIY kecil.
Home Spa & Chill Day Untuk Ayah
Ya, ayah pun perlukan hari untuk relaks.
Tonton Video Lama & Throwback Session
Buka album lama dan kongsi cerita di sebalik setiap gambar.
Aktiviti Sentimental
Surat Untuk Ayah
Setiap ahli keluarga tulis satu surat ringkas tentang perkara yang mereka paling hargai.
Jar Memori Keluarga
Tulis memori manis pada kertas kecil dan baca bersama.
“Yes Day” Untuk Ayah
Sehari penuh ikut pilihan ayah seperti makan, aktiviti, destinasi.
Rakam Video Ucapan Daripada Semua Orang
Gabungkan menjadi satu video pendek yang boleh ditonton semula setiap tahun.
Buat Senarai “30 Perkara Kami Sayang Tentang Ayah”
Simple, personal dan pasti jadi antara hadiah paling bermakna.
