1. Sunway Resort Hotel
Sunway Resort Hotel mempersembahkan pengalaman berbuka puasa bertemakan 1,001 Malam, di mana suasana magis kisah Scheherazade dihidupkan melalui hidangan mewah di Sunset Terrace. Tetamu akan menikmati sajian Timur Tengah seperti Kambing Panggang, Maqluba, Chicken Fatteh, Havij Polo, Turkish Pide, dan pelbagai hidangan antarabangsa.
Untuk menghidupkan lagi pengalaman ini, pencerita akan mengisahkan pengembaraan Aladdin, Sinbad, dan Ali Baba setiap malam.
Harga Buffet Ramadan 2025
- Tempoh : 1 Mac – 30 Mac 2025
- Dewasa: RM248+ nett
- Kanak-kanak (7-12 tahun): RM124+ nett
Harga Buffet Raya 2025
- Tempoh : 31 Mac – 1 April 2025
- Dewasa: RM158+ nett
- Kanak-kanak (7-12 tahun): RM79+ nett
- Warga Emas: RM79+ nett
Tawaran Early Bird
- Tempoh: 20 Februari – 28 Februari 2025
- Harga Dewasa: RM188 nett
Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat di laman rasmi mereka, DISINI