3. Mandarin Oriental, Kuala Lumpur
Citra Selera Timur & Barat: A Timeless Symphony of Flavours, sebuah bufet khas yang menampilkan kepelbagaian rasa tradisional Malaysia serta sentuhan Timur Tengah. Disusun secara teliti oleh Chef Saiful Asrul bin Sadin, menu ini mengangkat keunikan masakan Malaysia dengan hidangan seperti Udang Galah Lemak Asam Nenas, Daging Bakar Berempah, dan Gulai Ayam Siam Terung Pipit, yang semuanya sarat dengan cita rasa asli tempatan.
Bagi mereka yang gemarkan kelainan, hidangan Timur Tengah seperti Tabbouleh, Kabsa Lamb, Haydari, dan pelbagai jenis Baklava turut disediakan dalam susunan yang memukau. Lebih menarik, pengalaman menjamu selera dipertingkatkan dengan stesen memasak secara langsung, membolehkan tetamu melihat sendiri penyediaan makanan secara segar dan interaktif.
Harga Buffet Ramadan 2025 (Slot 1)
- Tempoh : 28 Februari – 16 Mac 2025
- Dewasa: RM308+ nett
- Kanak-kanak (6-11 tahun): RM188+ nett
Harga Buffet Ramadan 2025 (Slot 2)
- Tempoh : 17 Mac – 30 Mac 2025
- Dewasa: RM328+ nett
- Kanak-kanak (6-11 tahun): RM196+ nett
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, pengunjung boleh melayari laman rasmi mereka di DISINI