5. Four Seasons Hotel Kuala Lumpur
Dekorasi restoran yang menyerupai rumah kampung yang meriah, menggabungkan elemen kesederhanaan desa dan keanggunan moden untuk membangkitkan nostalgia. Dikenali sebagai Glamour Kampung Feast, bufet ini menawarkan gabungan hidangan tempatan dan antarabangsa yang memikat selera semua tetamu.
Hidangan utama yang menjadi tumpuan adalah Kambing Golek Utara, iaitu kambing panggang utuh yang disalai, serta Nasi Ulam dengan Black Truffle dan Daging Wagyu Cincang. Selepas menikmati sajian utama, tetamu boleh memanjakan diri dengan pencuci mulut seperti Pistachio Panna Cotta, Cendol Rice Pudding, dan banyak lagi.
Harga Buffet Ramadan 2025
- Tempoh : 1 Mac – 30 Mac 2025
- Dewasa: RM318 nett
- Kanak-kanak: RM159 nett
Maklumat lanjut dan tempahan boleh dibuat di laman rasmi mereka, DISINI