Mengubah idea dekorasi ruang tamu atau bilik tidur tidak semestinya dengan membeli kerusi atau katil baru, hanya sedikit tambahan perincian, warna cat dinding baru dan susun atur ia sudah boleh mengubah keseluruhan gaya ruang kediaman anda.
Ambil sedikit masa hujung minggu untuk mengemas dan mengubah susun atur ruang kegemaran anda dari inspirasi baru ini buat gaya yang lebih trendy ala kediaman koleksi Pinterest!
KOLEKSI PAMERAN
https://www.instagram.com/p/BLctvDfhkVK/
Jika anda punya kegemaran mengumpul pasu atau set patung menarik dan sebagainya usah simpan sahaja di dalam kabinet. Inilah masanya untuk anda pamerkan dan susun koleksi tersebut. Dengan menyusun koleksi sebegini ia bukan sahaja melahirkan susun reka baru, tetapi juga memberi setuhan personal di dalam ruang kediaman anda.
MEMBAWA ELEMEN LUAR KE DALAM
Perabut yang direka untuk kawasan luar tidak semestinya tidak boleh ditempatkan di dalam rumah. Kerusi dan meja jenis rotan dan kayu juga tampil versatil untuk dijadikan hiasan dalaman. Bukan sahaja tahan lasak, aura element ini juga turut membuahkan mood ‘rustic’ dan tropika lagi-lagi bila ditambah bersama pokok hidup.
BINGKAI GAMBAR TIDAK BERGANTUNG
Tidak semestinya perlu gantung di dinding, jika anda memiliki lukisan kanvas jenis ‘oil paint’ yang besar atau bingkai bersama lukisan menarik, anda boleh juga menyandarkannya pada dinding begitu sahaja atau diletakan di atas meja sambil disandarkan ke dinding. Dengan cara ini ruangan dalam kediaman anda tampak tidak keterlalauan dan artistik.
PENATAAN MEJA KOPI
Jika anda masih menyimpan buku-buku kulit tebal lama dan majalah, inilah masanya untuk menyusun semula di atas meja kopi, susun berselang bersama pasu bunga dan lilin juga turut memberi mood ‘cozy’ pada ruang tamu. Ia bukan sahaja menaikan seri hiasan rumah, si pemilik kediaman juga akan tampak sofistikated dan nampak educated.
VERSATIL KERUSI BANGKU
Meja sudut katil ataupun ruang tamu tidak semestinya datang dalam reka bentuk meja. Mahu lebih kreatif, anda juga boleh menggunakan kerusi bangku yang sedia ada sebagai meja hiasan. Tidak kiralah untuk disusun si tepi katil atau ruang tamu, pengunaanya pasti jadi gaya versatil yang baru.
ELEMEN HIJAU
Bagi saya, setiap ruang dalaman perlu disuntik dengan elemen hijau dan natural. Tidak kiralah di dalam bilik tidur, dapur ataupun bilik mandi. Kalau ada satu hiasan pokok di dalam penataannya pasti tampak lebih ‘lively’! Disamping menjadi terapi buat minda, ia juga bakal menjadi hobi baru kala ada dirumah.
BANTAL KUSYEN
Buat anda yang memiliki banyak bantal kusyen yang tidak digunakan di rumah, ini mungkin masa terbaik untuk membeli sarung kusyen baru. Tidak semestinya perlu menggunakan corak atau jenis fabrik yang sama, anda juga boleh menyuai padan rekaan, potongan serta corak bantal tersebut mengikut personaliti dan susun di atas kamar tidur dan kerusi sofa buat impak lebih ‘cozy’!
PENATAAN RANTING KAYU DAN DAHAN KERING
Memang tidak masuk akal jika dipikirkan tetapi siapa sangka elemen dahan kayu ini boleh jadi fokus utama dekorasi. Dari membeli dahan palsu yang dijual di kedai perabut, lebih baik anda gunakan dahan pokok sedia ada, jika tidak memiliki ruang yang besar, dahan bunga kering yang dihiaskan di dalam pasu juga sudah cukup untuk menghidupkan ilusi dramatis.
PENGUNAAN BIDAI
Antara penggemar dekorasi minimalis, memilih bidai dari kain langsir merupakan satu jalan yang jauh lebih mudah dan senang untuk dijaga. Pertamanya ia tidak perlu di cuci, dan harganya juga jauh lebih murah. Penataannya juga tampil lebih ‘effortless’ dan ‘modernist’.