Walaupun ruang balkoni sempit tidak bermakna anda tidak boleh menghiasnya segar untuk bersantai diwaktu sengggang, jom cuba sekarang!
Sekiranya kelapangan hujung minggu ini, apa kata anda ambil sedikit waktu mengubah suai dekorasi laman rumah yang mungkin terhad keluasannya sama ada kediaman apartment atau pangsa dengan tumbuhan hijau yang menyegarkan dan dekorasi yang simple tapi menenangkan. Disamping ia dapat mengisi masa lapang anda, malah ia juga merupakan aktiviti sihat yang boleh mengeluarkan peluh dan membebaskan minda dari sebarang kekusutan.
Malah, sejuk juga mata memandang, suasana yang cozy dengan udara segar yang dihasilkan pokok renek dan tumbuhan menghijau ini.
EH! kongsi beberapa ilham dekorasi laman rumah ini untuk anda terapkan dalam projek dekorasi laman kecil atau balkoni rumah nanti.