Luangkan Masa Untuk Diri Sendiri
Ada kalanya, rasa bosan muncul disebabkan sering berkepit dengan pasangan. Cuba beri ruang kepada pasangan dan ambil masa bersendiri untuk anda juga. Habiskan hari berasingan sama ada keluar dengan teman masing-masing dan tidak berkomunikasi dengan pasangan selama beberapa jam. Anda juga boleh memilih untuk berhujung minggu seorang diri dan simpan semua butiran yang menyeronokkan untuk dikongsi semasa makan malam sebaik pulang ke rumah. Apabila diberi ruang yang secukupnya untuk diri sendiri, anda akan sentiasa segar membentuk rasa cinta bersama pasangan setiap hari.
Baca: Lima Petua Miliki Hubungan Yang Sihat Bersama Pasangan