Berkongsi Hobi Baru Bersama
Mesti seronok untuk mencuba perkara baru besama-sama. Cari sesuatu hobi yang sudah lama menjadi minat anda dan pasangan. Jika minat melakukan aktiviti luar, mungkin boleh cuba aktiviti seperti rock climbing atau diving. Seronok juga jika menjadi sukarelwan kerana dapat membantu mereka yang memerlukan ataupun kempen menyelamatkan haiwan. Jika anda berdua suka menimba ilmu bersama, cuba habiskan waktu dengan melawat muzium atau mengambil kelas seperti kelas memasak atau kelas seni bersama-sama.