Oleh: Farhana Fuad
Gambar: Ikea
Kamar tidur seolah satu tempat yang paling penting dalam merehatkan diri, mungkin juga buat melayari alam fantasi bersama pasangan hidup.Tidak kira kamar tidur yang bujang mahupun yang sudah berpasangan. Kedua-duanya perlukan dekorasi yang mampu memberikan inspirasi buat hari yang lebih bermakna. Ia memerlukan dekorasi yang aman dan tenang untuk lebih keselesaan diri dan menenangkan fikiran.
Konsep dekorasi kamar tidur sebenarnya turut mempengarui kualiti tidur dan hubungan seks bersama pasangan, serta pendedahan udara yang bersih dengan haruman yang segar.
Dekorasi kamar tidur perlukan impak yang lebih kepada kedamaian dan merehatkan mata yang memandang sejenak melangkah masuk ke kamar peribadi. EH! kongsikan inspirasi atau ilham buat dekorasi kamar tidur yang menjanjikan keselesaan untuk beradu dan ruang peribadi.