Telefon pintar terbaharu daripada Samsung, Galaxy S25 meneruskan legasi inovasi dengan beberapa peningkatan yang mengagumkan. Ini reviu saya pertama kali memegang peranti ini.
Pertama kali Galaxy S25 dikeluarkan daripada kotaknya, ia terasa nipis dan lebih praktikal jika dibandingkan dengan versi sebelum ini. Reka bentuk baharu ini lebih nipis dan lebih aerodinamik. Apabila berada di genggaman saya, apa yang boleh saya katakan ia sangat ringan, sempurna dalam genggaman.
Hadir dalam beberapa warna eksklusif Samsung seperti berbeza iaitu Blue-black, Coralred, Pink Gold, serta pilihan klasik seperti Navy dan Silver Shadow, ditambah dengan warna menarik seperti Icy Blue dan Mint.
Skrin Paparan Dynamic AMOLED 2x bersaiz 6.2 inci kini lebih terang dan lebih imersif, memberikan pengalaman visual yang lebih hebat untuk segala-galanya daripada menghantar mesej hingga menstrim kandungan.
Bagi seseorang yang mempunyai tangan sentiasa lembap, agak sukar untuk saya tidak menjatuhkan peranti daripada tangan. Dengan hadirnya Galaxy S25 dalam kemasan matte yang lebih halus, saya tidak perlu risau lagi. Ia juga membantu mengurangkan kesan cap jari jadi tidaklah kotor skrin anda.
Samsung Galaxy S25 kini tersedia di stor dan dalam talian dengan harga bermula dari RM4,599