Sherry Ibrahim
Apa impresi pertama anda semasa memandu BMW i5?
-Ia sebuah kereta yang dinamik, sangat elegan dan pemanduan begitu lancar serta ringan. Bila memandu, Sherry rasa seolah-olah terapung, anda tak dengar bunyi bising dari luar kerana di dalam sangat tenang.
Bagaimana pengalaman anda dengan teknologi pemanduan autonomi atau bantuan pemandu yang ada pada BMW i5?
-Dari segi pengendalian stereng, sangat lancar lagi-lagi membelok kereta dan pemanduannya cekap. Anda juga tidak rasa kelajuan saat memecut, manakala dari segi brek, ia lancar tanpa gegaran.
Adakah anda merasakan peralihan kepada kenderaan elektrik seperti BMW i5 adalah masa depan automotif?
-Ya, dengan keupayaan pengecasan, kenderaan elektrik seperti BMW i5 menawarkan teknologi automotif yang canggih dan pilihan masa depan. Bagi Sherry, selain sesuai untuk individu, ia juga bagus untuk keluarga, sesuai di bandar dan luar bandar untuk pemanduan jarak jauh dan keselesaan.
BMW i5 menawarkan pelbagai mod pemanduan. Mod mana yang anda paling suka dan kenapa?
-Sherry akan memilih mod pemanduan berdasarkan perjalanan yang ingin dirasai. Jika inginkan keselesaan, Sherry akan pilih mod ‘Comfort‘ untuk pemanduan yang lebih lancar. Namun, apabila berada di lebuh raya, Sherry akan menghidupkan mod ‘Sporty‘ untuk pemanduan yang mantap, padu, dan cekap.