Ahirine
Apa impresi pertama anda semasa memandu BMW i5?
– Impresi pertama saya adalah tork-nya yang sangat tinggi. Ia memberi pecutan yang padu semasa pemanduan.
Bagaimana pengalaman anda dengan teknologi pemanduan autonomi atau bantuan pemandu yang ada pada BMW i5?
– Perjalanan saya sungguh lancar dengan adanya teknologi pemanduan autonomi, ia memudahkan perjalanan dan membantu mengawal pergerakan secara berfokus.
Adakah anda merasakan peralihan kepada kenderaan elektrik seperti BMW i5 adalah masa depan automotif?
– Ya, dengan peningkatan terhadap kesedaran alam sekitar dan pengurangan pencemaran, kini ia beralih ke teknologi elektrik. Lagi-lagi dengan prestasi mantap, tork kuat dan jimat tenaga, kereta elektrik pasti menjadi pilihan menarik untuk masa depan dalam industri ini.
BMW i5 menawarkan pelbagai mod pemanduan. Mod mana yang anda paling suka dan kenapa?
– Sport. Apabila mod ini aktif, pemanduan lebih responsif dan agresif, memberikan rasa yang lebih mantap untuk memandu.