Teks: Julia Azman
Tagline ‘Sheer Driving Pleasure’ membawa pengalaman pemanduan cukup padu dan berbeza. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1972, legasi BMW 5 Series sudahpun melakar sejarah tersendiri sebagai automatif premium terbaik dunia. Kombinasi elegan yang memaparkan kejuteraan inovasi serta permanduan tiada tolok bandingan.
Walaupun baru diperkenalkan, BMW 5 Series sudahpun merangkul anugerah tertinggi dan paling berprestij di iF Design Awards 2017. Malah, turut tersenarai dalam senarai akhir bagi anugerah terkenal Luxury Car of the Year 2017. Penambahan cara pemanduan dinamik, sistem bantuan terbaik, sambungan sistem pengendalian inovatif sememangnya ia lambang sebuah kenderaan Sedan premium eksekutif terbaik masa kini.
Generasi rekaan sleek dan atletik
Keluaran BMW 530i M Sport cipta ruang paling berkuasa. Di dalam legasi ke-7, keunikan terserlah melalui BMW Adaptive lampu penuh LED di siang hari yang dibentukkan dalam perspektif lampu bulatan dan ianya dipancar sepanjang 500 meter. Rekabentuk simpul Hofmeister menambahkan lagi mood elegant kala melangkah masuk dalam BMW 530i M. Pemanduan penuh lancar dengan konsep aerodinamik cukup ringan seperti gerakan daya udara, yakni kurang daya graviti dan untuk keluaran baru ini mencipta satu konsep dinamik sesuai untuk perjalanan jauh.
Pakej M Sport bagi keluaran baru BMW 530i M Sports direka cukup versatil dan lambang eksklusif. Dari tayar berskala rim saiz 19 inci, rekaan brek berlogo M bersama klip logam campuran rona biru, component M aerodinamik cipta rekaan serba atletik. Tidak lupa juga, pilihan tempat duduk bahagian depan cukup sporty dan setiap organamik dalaman punya logo M. Rekaan dalaman membawa kepada cara pembuatan terbaik untuk sebuah kenderaan bersaiz Premium Eksekutif Sedan. Cukup selasa dan punya dimensi keluasan luar biasa.
Pemanduan dinamik tiada bandingan
Pecutlah anda dengan kelajuan paling maksima, BMW 530i M Sport tahu bagaimana untuk mengendalikan kenderaan dengan begitu cekap dan efisien. Penggunaan teknologi BMW Twin Power Turbo bersama injeksi Twin Scroll Turbocharger, Valvetronic dan Double-Vanos sangat mengagumkan.BMW 530i M Sport dengan enjin petrol bertenaga 4 liter silinder dan 2 liter bagi transmisi terbaru Steptronic Sport mengoptimumkan semaksima 252 hp, torque 350 Nm dan hanya percepatkan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.2 saat pada kelajuan tertinggi 250 km/j.
Kelahiran baru sistem teknologi
Perjalanan jauh cukup memenatkan! Konsep sistem New Driver Assistance untuk BMW 530i M Sport dilihat sangat membantu kerana ia hadir dengan teknologi mengesan kadar kelajuan kenderaan dan secara automatik aktif untuk Cruise Control bersama fungsi Stop & Go. Sistem keselamatan dengan pengesan amaran dengan pantas mampu mengurangkan impak daripada eksiden terutama ketika menukar arah laluan dan juga objek bergerak.
Keluaran terbaru BMW 5 Series ini hadir dengan pilihan warna Black Sapphire, Sophisto Grey Brilliant Effect, Alpine White dan Mediterranean Blue. Rekaan dalaman untuk kemasan fabrik kulit upholsteri dalam rona Dakota Black berkontras jahitan warna biru atau fabrik kulit Dakota Cognac.
BMW 5 Series terbaru melalui perintis BMW ConnectedDrive membawa feature seperti Concierge Services, Intelligent Emergency Call, BMW Teleservices dan Remote Services. Dijual pada harga RM398, 800.00 (OTR tanpa insuran dan jaminan mileage tanpa had selama 5 tahun, program percuma untuk servis kenderaan dan program jaminan tayar oleh BMW Group Malaysia.