Selalu sangat orang salah faham, kononnya menjadi high maintenance itu bermakna cerewet, suka demand lebih atau perasan. Tetapi hakikatnya, tidak salah pun untuk kita menjadi high maintenance, terutama bila ia untuk tujuan diri sendiri.
Label high maintenance sering disalah tafsir dianggap tidak sedar diri, mahal atau berlebihan. Tetapi realitinya menjadi high maintenance bukanlah tentang menunjuk-nunjuk atau hidup demi pandangan orang. Ia adalah komitmen terhadap diri sendiri, cara kita menetapkan standard hidup yang kita layak miliki dan memilih untuk tampil dalam versi terbaik untuk kepuasan diri sendiri, bukan orang lain.
EH! kongsikan lima sebab kenapa menjadi high maintenance adalah satu bentuk self-love yang tidak patut disalah erti. Bukan kerana dunia suruh atau untuk orang lain tetapi kerana anda berhak untuk rasa cantik, yakin dan cukup untuk diri sendiri.
1. Anda Layak
Kadang-kadang, kita terlalu sibuk jaga hati orang lain sampai lupa yang kita juga layak dilayan dengan penuh kasih sayang. Bila kita letakkan standard tentang bagaimana kita mahu dilayan, siapa yang kita benarkan hadir dalam hidup dan tenaga apa yang kita benarkan mengelilingi kita, itu bukan ego tetapi tanda kita sedar nilai diri kita. Apabila kita tahu kita layak, kita tidak lagi perlukan validation daripada sesiapa.
2. Self- love
Self-love bukan bermaksud pujuk diri dengan kata-kata manis atau positif di depan cermin semata. Ia adalah tindakan kecil yang kita buat untuk diri sendiri kerana kita tahu kita layak. Dari rutin penjagaan kulit, sehinggalah ke momen kita beri ruang pada diri kita untuk nikmat junk food tanpa rasa bersalah. Self-love bukan bermaksud dimanjakan, tetapi difahami. Ia tentang tahu bila perlu dijaga dan bila perlu dilepaskan.

3. Bentuk Disiplin Diri
Tanpa kita sedar, menjadi high maintenance sebenarnya melatih kita untuk lebih berdisiplin terhadap diri sendiri. Ia bukan sekadar tentang rutin kecantikan atau gaya hidup mewah tetapi komitmen harian yang kita pilih demi kebaikan diri. Bangun awal untuk rutin skincare atau berani berkata tidak pada perkara yang tidak selari dengan pendirian kita. Disiplin ini bukan paksaan, tetapi tanda hormat pada diri sendiri. Bila anda tahu anda layak lebih, anda tak akan biarkan diri kekal di tahap minimum.
4. Bina Keyakinan
Keyakinan sebenar tidak datang dari pujian luar tetapi rasa cukup yang anda tanam dalam diri sendiri. Bila anda tahu anda sudah jaga diri sebaik mungkin, ia akan terpancar dengan sendirinya dalam cara anda berjalan, berdiri, bercakap, dan membawa diri. Anda tidak perlukan spotlight untuk rasa yakin, kerana anda tahu dalam senyap pun anda sudah cukup.
5. Sedar Nilai Diri Anda
Yang paling penting, menjadi high maintenance bukan tentang mengharap layanan istimewa daripada orang lain tetapi tentang memastikan diri sendiri sentiasa dilayan dengan baik terlebih dahulu Bila anda beri layanan terbaik kepada diri sendiri, anda tak mudah terpengaruh dengan pandangan luar atau cuba cukupkan diri hanya kerana mahu diterima. Bila anda sedar nilai diri anda, dunia juga akan belajar bagaimana untuk melayan anda.
Artikel Berkaitan: 7 Aktiviti Me Time Yang Buat Jiwa Rasa Tenang