Untuk mereka yang mempunyai masalah ekzema, merek harus berhati-hati dengan apa yang mereka suapkan ke dalam mulut. Ada yang berpotensi menerbit rasa gatal dan keradangan termasuklah buah.
Ini senarai buah-buahan yang baik untuk pesakit ekzema serta buah-buahan yang boleh dielakkan untuk mencegah eczema flare-up. Namun, buah-buahan yang disenaraikan ini bukanlah perawat penyakit tersebut, ia hanyalah antara makanan yang sesuai bagi anda yang ingin mengelakkan ekzema menjadi semakin teruk.

Antara Buah-buahan Yang Bagus Untuk Elak Trigger Ekzema
Buah-buahan yang kaya dengan antioksidan, fiber dan sumber anti keradangan seperti :
Epal
Sesetengah pesakit ekzema mempunyai alahan kepada gula. Oleh itu, epal sangat bagus untuk dimakan kerana ia mempunyai indeks glisemik yang rendah dan mengandungi polifenol yang menyokong fungsi insulin yang lebih baik, mengurangkan risiko diabetes. Selain itu, buah epal juga membantu untuk mencegah keradangan. Epal sangat bagus untuk jika anda sedang mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian.
Ceri
Disclaimer, buah ceri bukanlah buah perawat ekzema. Tetapi, buah ceri boleh dijadikan sebagai buah tambahan yang berguna dalam diet anti-radang kerana ia mengandungi sumber bermanfaat yang menyokong kesihatan kulit. Buah ceri kaya dengan quercetin yang membantu merendahkan keradangan selular dan memerangi tekanan oksidatif serta vitamin c yang membantu untuk menguatkan sistem imun seseorang.
Beri
Buah beri seperti strawberry, blueberry, dan raspberry tinggi dengan sumber antioksidan. Kandungan antioksidan dan flavonoid dalam buah beri : antosanin dan quercetin memainkan peranan penting dalam menguruskan ekzema dengan cara mengurangkan termasuk serta tekanan oksidatif tubuh.
Pir
Antara pilihan paling selamat untuk pesakit ekzema adalah buah pir. Ini kerana ia rendah bahan kimia semulajadi seperti salisilat, amina, dan asid yang sering mencetuskan flare-up. Seperti buah-buahan lain, ia mengandungi quercetin dan kaempfrol yang membantu mengelakkan keradangan. Pear membekalkan vitamin c dan vitamin k untuk menyokong kesihatan kulit dan hati. Tambahan pula ia mempunyai serat larut untuk kesihatan usus.
Senarai Buah-buahan Yang Patut Dielak
Buah bersitrus
Makanan yang bercitrus seperti oren, lemon, grapefruit, dan sebagainya boleh trigger atau memburukkan lagi serangan ekzema pada individu yang sensitif. Acid yang terdapat di dalam buah tersebut boleh irritate kulit secara langsung menyebabkan keradangan dan kemerahan. Kulit pesakit ekzema sangatlah sensitif. Jika jus yang terdapat dalam buah-buah yang berasid itu terkena pada kulit lagi-lagi apabila kulit anda masih kemerahan, ianya amat memedihkan.
Anggur
Secara natural, anggur mengandungi kandungan gula yang tinggi. Gula tidak menyebabkan ekzema secara langsung, tetapi pengambilan gula yang tinggi boleh spike kandungan gula dalam darah anda sekali gus boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan melampau pada badan.
Buah Tropika
Selain buah anggur dan buah oren, buah-buahan tropikal seperti durian, nanas, manggis, buah langsat, dan seumpama dengannya juga tidak disarankan untuk dimakan kerana ia diketahui menyebabkan haba dalaman, yang secara langsung boleh memburukkan lagi kemerahan dan gatal-gatal semasa serangan ekzema aktif.
Buah-buahan sangat bagus untuk disertakan dalam diet pesakit eczema tetapi tak semua buah-buahan dapat membantu mengelakkan flare-up. Lain orang lain punca ekzema, oleh itu, anda disyorkan untuk mengenal pasti apa punca alahan anda hingga menyebabkan penyakit kulit tersebut dan cuba mengetahui diet yang sesuai dengan anda untuk mengelakkan eczema flare-ups.
Artikel Berkaitan : Kesihatan 101: Tip Penjagaan Gigi dan Retainers
