Perkahwinan hari ini bukan lagi tentang pelamin siapa paling besar atau jemputan siapa paling ramai. Ia lebih kepada suasana yang terasa santai, pilihan yang lebih berani, dan sebuah majlis yang benar-benar mencerminkan siapa pasangan itu sebenarnya.
Jika dahulu majlis perkahwinan sering dilihat perlu mengikut adat dan tradisi sepenuhnya, kini pendekatannya lebih seimbang. Adat tetap diraikan, namun dipermudahkan agar tidak membebankan pasangan. Semakin ramai memilih majlis yang lebih intimate, kecil dari segi skala tetapi besar dari segi makna.
Tahun ini, trend perkahwinan bergerak ke arah sesuatu yang lebih jujur dan bermakna, tak perlu terlalu sarat, tak perlu terlalu ‘extra’. Cukup dengan pilihan yang tepat, majlis sudah mampu meninggalkan kesan.
Draping & Tekstur Berlapis
Fabrik sekarang bukan sekadar backdrop semata, ia adalah main character. Draping lembut yang beralun dan jatuh natural buat ruang terasa dreamy dan aesthetic, tanpa perlu terlalu kemas atau dibuat-buat. Gabungan fabrik seperti voile, satin dan organza pula menjadikan ruang nampak lebih berlapis dan refined.
Bunga Tangan
Bouquet bulat klasik kini mula memberi laluan kepada elongated bouquet yang tampil lebih dramatik dan moden. Untuk pengantin yang mahukan kelainan yang lebih praktikal, bunga gaya handbag bouquet pula semakin digemari, ia mudah dibawa, selesa digenggam dan tetap cantik di hadapan kamera.
Deko Meja Panjang
Meja bulat kini bukan lagi satu-satunya pilihan. Meja panjang mencipta suasana yang lebih intimate. Sesuai untuk majlis yang mahukan rasa lebih rapat dan eksklusif. Dihiasi lilin, susunan bunga rendah dan fabrik yang jatuh lembut, long table styling memberi sentuhan yang refined, warm dan effortless.
Warna Bold
Jika dahulu warna terang hanya digunakan secara minimum, tahun 2026 menyaksikan bold color tampil sebagai fokus utama. Pilihan seperti burgundy, emerald, navy atau kuning memberi suntikan karakter dan emosi pada keseluruhan dekorasi. Digunakan secara terpilih dan seimbang, warna-warna ini menjadikan ruang tampak lebih berani, matang dan penuh personaliti tanpa rasa terlalu loud.
Sentuhan Peribadi
Nama pasangan, tarikh nikah atau kata-kata istimewa kini dibawa terus ke atas fabrik sama ada disulam, dicetak atau dilukis secara artistik. Dari pakaian pengantin ke backdrop, aisle runner hingga table linen, setiap sentuhan kecil ini menjadikan dekorasi terasa lebih peribadi dan dekat di hati.
Statement Piece
Tahun 2026 ini menyaksikan pengantin memilih satu aksesori utama yang benar-benar menonjol sebagai identiti gaya. Bukan sarat, bukan berlapis cukup satu statement. Sama ada veil panjang dramatik dengan sulaman halus, headpiece sculptural, bunga bersaiz besar atau anting-anting bold, aksesori ini menjadi fokus yang menaikkan keseluruhan penampilan tanpa perlu berlebihan.
Kek
Jika beberapa tahun lalu trend kek perkahwinan lebih kepada siapa paling tinggi dan bertingkat, kini arahannya berubah ke sesuatu yang lebih minimalis. Ramai pasangan memilih kek setingkat bersaiz besar dengan rekaan ringkas, kemas dan aesthetic. Selain itu, susunan cup tiramisu juga mula menjadi pilihan lebih praktikal, mudah dihidang dan tetap cantik sebagai sebahagian daripada dekorasi
Couple Branding
Couple branding kini diterjemahkan melalui perjalanan cinta pasangan. Daripada gambar ketika kecil, momen istimewa, hinggalah tulisan bermakna dan logo khas pengantin, semuanya disusun sebagai satu visual cerita. Ia bukan sekadar hiasan, tetapi ruang untuk tetamu mengenali siapa pasangan itu sebenarnya. Lebih peribadi, lebih bermakna, dan menjadikan majlis terasa dekat di hati.
Artikel Berkaitan: Nilai Ringgit Malaysia Menguat, Ini 5 Negara Terbaik Untuk Percutian 2026
























