Kalau anda sedang mencari cabaran baru untuk tahun 2026, ini mungkin masa yang sesuai untuk anda mula mencabar diri sendiri memasuki marathon.
Tidak kisah sama ada anda baru nak mula atau sudah biasa dengan jarak jauh, senarai marathon 2026 ini boleh jadi inspirasi untuk anda tetapkan matlamat, tingkatkan stamina, dan mungkin capai sesuatu yang anda sendiri tak sangka mampu buat.
Jom lihat pilihan larian yang ada dan pilih satu yang paling sesuai dengan perjalanan anda tahun ini!
Sesame Street Run Powered by JomRun® – Malaysia!

Tarikh: 10 May 2026
Lokasi: Kepong Metropolitan Park, Kuala Lumpur
Skechers Friendship Walk & Run 2026
Tarikh: 21 Jun 2026
Lokasi: Putrajaya
Dianjurkan oleh Skechers, The Comfort Technology Company™ serta peneraju global dalam kasut gaya hidup dan prestasi, acara tahun ini tampil lebih gah dengan pencapaian istimewa — pengenalan kategori 21KM buat julung kalinya! Ya, ini adalah jarak paling jauh pernah diperkenalkan dalam Friendship Walk & Run, menjadikannya satu cabaran baharu yang cukup mengujakan.
Cabaran ketahanan terbaru ini melengkapkan lagi kategori kegemaran ramai seperti 5KM untuk gaya santai dan 10KM bagi mereka yang lebih kompetitif.
BOOM+ RUN 2026
Tarikh: 13 September 2026
Lokasi: Putrajaya
Malaysia Sarong Music Run
Tarikh: 19 September 2026
Lokasi: KLCC
Cyberjaya Women Half Marathon 2026

Tarikh: 27 September 2026
Lokasi: Persiaran Flora, Cyberjaya



