Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, Heavens Portfolio membariskan destinasi inspirasi sebagai panduan untuk pengembaraan tahun ini berdasarkan zodiak Cina anda.
Berdasarkan kalendar Cina, 2022 merupakan tahun Harimau Air untuk menonjolkan keberanian diri. Harimau terkenal kerana kuasa, keberanian, dan keupayaannya untuk melakukan sesuatu dengan skala yang mega. Bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina, Heavens Portfolio membariskan inspirasi sebagai panduan untuk destinasi pelancongan tahun ini berdasarkan zodiak Cina anda.
Tahun Harimau – Lausanne, Switzerland
Mereka yang dilahirkan pada Tahun Harimau merupakan pengembara yang penuh keyakinan, bersemangat dan bercita-cita tinggi. Walaupun kehidupan mereka senantiasa penuh dengan pengembaraan, mereka juga sukakan keharuman bunga ros. Lantas, Luusanne di Switzerland cukup ideal untuk merefleksikan semangat zodiak Harimau.
Pilihan destinasi penginapan: Beau-Rivage Palace
Baca lebih lanjut: 10 Rancangan Netflix Perlu Tonton Sepanjang Februari 2022