Anda mengalami masalah simptom semasa haid dan tidak tahu apakah penyebab kepada masalah tersebut? Mungkin anda perlu meneliti kembali pemakanan yang diambil bagi mengurangkannya (sakit). Teruskan membaca informasi untuk mengetahui apa yang perlu dielak makan semasa haid.
Haid kadang boleh menjadi sangat menyakitkan seperti jarum menusuk ke perut. Hormon yang berubah juga menyebabkan personaliti dan mood anda berubah dari masa ke semasa. Begitu juga dengan selera pemakanan yang secara mengejut, tetiba anda memiliki nafsu makan yang tidak dapat dikawal sehingga kepada rasa kurang selera.
Namun, atas ketidakkawalan haid yang tidak menentu, anda perlu bersedia untuk mengelakkan gejala sindrom pra-haid (PMS) dengan mengubah diet anda kepada menu pilihan sihat. Semasa haid, anda secara serentak akan kehilangan darah dan mengalami perubahan hormon yang cepat. Pilih makanan dengan nutrien yang mencukupi seperti vitamin, mineral, air, protein, zat besi dan serat.