Susu, Soya atau Produk Tenusu
Minuman dengan kandungan kalsium mengurangkan kesan ubatan terutamanya ubat untuk penyakit thyroid. Minum produk tenusu seeloknya empat jam sebelum atau selepas makan ubat. Ada sesetengah antibiotik juga memberikan tindak balas negatif dengan susu dan menyebabkan sakit perut dan muntah.