Mengawal nafsu membeli ketika membeli juadah berbuka amat sukar, EH! kongsikan tip membeli juadah berbuka untuk mengelak pembaziran..
Mengawal nafsu membeli ketika berpuasa amat sukar apatah lagi membeli juadah dibazar ramadhan. EH! Kongsikan 10 tips yang untuk elakkan pembaziran makanan:
1. Senaraikan makanan yang ingin di beli
Membuat senarai makanan dan minuman yang anda ingin beli di bazaar kerana kebarangkalian untuk anda membazir duit adalah sangat tinggi jika tidak membuat check list ini. Pastikan anda kekal berdisiplin dan jangan beli makanan selain didalam list!
2. Membawa duit secukupnya
Langkah seterusnya ialah membawa duit yang cukup-cukup sahaja mengikut anggaran harga yang telah anda kira mengikut senarai tadi. Elakkan bawa duit berlebihan. Jika anda tidak membuat senarai makanan, anda boleh menghadkan duit seperti membawa rm10 sahaja kebazar agar duit itu sahaja yang akan digunakan.
3. Satu Jenis Kuih Sehari
Kuih-muih ialah manisan sewaktu berbuka puasa. Bagi mengelakkan membeli pelbagai kuih-muih mengikut nafsu, jadi disarankan untuk membeli satu jenis kuih sehari. Tukar 1 jenis kuih setiap hari, pembaziran dapat dielakkan dan anda juga boleh merasa pelbagai jenis kuih di sepanjang bulan Ramadhan ini.