4. Jangan membeli minuman!
Kita akan lebih mudah terpengaruh untuk membeli air kerana air yang dijual dapat dilihat didalam balang bersertakan dengan pelbagai warna dan perisa apabila berkunjung di bazar ramadhan. Jika ingin berjimat, disarankan untuk bancuh sendiri air di rumah kerana dengan cara ini secara tidak langsung, dapat mengurangkan kos perbelanjaan.
5. Bawa Bekas Makanan Sendiri
Dengan membawa bekas makanan sendiri, anda secara tidak langsung sedang mengehadkan perbelanjaan anda mengikut bekas makanan yang anda bawa dari rumah. Kaedah ini bukan sahaja dapat mengelakkan pembaziran. Malah ia juga adalah satu inisiatif untuk mengurangkan penggunaan plastik pakai buang di bazaar Ramadhan.
6. Pulang Dengan Kadar Segera
Biasalah bila sudah dapat apa yang diinginkan pasti rasa ingin menjegah ke gerai lain. Pantang nampak makanan yang sedap dan disusun rapi, nafsu boleh tergoda. Oleh itu, sebaik sahaja dah dapatkan makanan dan minuman yang anda senaraikan, segera pulang ke rumah bagi mengelakkan diri daripada membeli makanan yang tidak disenaraikan.
7. Rancang Juadah Berbuka
Rancang dan senaraikan menu untuk berbuka setiap hari, ia akan menjimatkan masa untuk berfikir malah dan juga wang. Lebih mudah bila anda tahu apa yang anda mahu dan terus ke destinasi. Tak adalah kita membazir dengan membeli makanan yang tidak perlu.
Anggarkan berapa bajet anda untuk sehari supaya anda tidak membeli dengan berlebihan. Bila anda ada bajet, anda akan lebih peka dan beringat.