8. Kirim Pesanan
Sebenarnya lebih elok jika anda kirimkan sahaja juadah berbuka puasa kepada rakan-rakan, jiran atau ahli keluarga yang ingin ke bazaar Ramadhan. Dengan cara ini, ia akan menahan diri daripada membeli dengan banyak. Namun, elakkan daripada mengirimkan pesanan yang banyak. Cukuplah jika anda kirimkan satu atauke dua menu sahaja. Itu pun sudah cukup sangat untuk berbuka puasa. Dengan cara ini juga, anda tidak akan tergoda dengan jenis juadah lain yang ada di baazar kerana tidak dapat lihat dan bau.
9. Pergi Bazaar Apabila Waktu Hampir Berbuka
Elakkan diri daripada pergi ke bazaar Ramadhan di awal waktu. Ia akan membuatkan anda untuk membuat pelbagai pilihan dengan masa yang banyak. Apabila anda pergi ke bazaar apabila waktu hampir berbuka, ia akan memaksa anda untuk membuat keputusan dan pilihan dengan cepat dan singkat.
10. Tanya Terlebih Dahulu
Jika anda tinggal bersama keluarga, pastikan anda tanya keluarga anda terlebih dahulu tentang juadah berbuka. Jika anda tidak bertanya terlebih dahulu, dikhuatiri anda membeli makanan yang sama dan berlakulah pembaziran. Untuk elakkan pembaziran, beli satu juadah sahaja dan berkongsi antara satu sama lain.
Artikel berkaitan: Lima Top Bazar Ramadan Perlu Dikunjungi