Mitos 3: Pemanis semula jadi lebih menyihatkan berbanding gula biasa
Kebenaran: Tidak sama sekali. Semua gula – termasuk agave, madu dan maple syrup – melakukan perkara yang sama kepada badan sebagai gula putih atau sirap jagung fruktosa tinggi, menurut Nestle. “Agave mungkin dikecualikan kerana fruktosanya amat tinggi – enak dimakan dalam jumlah yang kecil,” katanya. Penyelidikan terkini telah mengaitkan fruktosa (gula yang terdapat dalam buah-buahan) dengan perubahan hormon yang menyebabkan kamu makan terlalu banyak, sekali gus membuatkan berat badan kamu naik dan mengakibatkan masalah kesihatan.