Sayur-sayuran dianggap tidak baik untuk digoreng kerana proses menggoreng boleh mengubah sifat kimia dan khasiat sayur-sayuran.
Sayur-sayuran adalah sumber nutrien penting untuk badan kita. Namun, tidak semua sayur sesuai untuk digoreng. Proses menggoreng boleh mengubah nutrisi sayur-sayuran malah boleh meningkatkan kandungan lemak tepu yang tidak sihat.
Semasa memproses sayur, sebaiknya pilih kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus, mengukus atau memanggang dengan sedikit minyak. Dengan cara ini, khasiat dalam sayur-sayuran dapat dikekalkan dengan baik supaya kita mendapat faedah yang optimum daripada pengambilan sayur-sayuran ini.
Mengapa sayuran tidak digalakkan untuk digoreng?
Kehilangan nutrien
Apabila sayur-sayuran digoreng dalam minyak panas, beberapa nutrien larut air, seperti vitamin C dan beberapa jenis vitamin B boleh kehilangan atau berkurangan zat nutrien.
Penyerapan Minyak
Sayuran goreng menyerap minyak akan meningkatkan jumlah lemak dalam hidangan. Minyak yang digunakan untuk menggoreng selalunya mengandungi lemak tepu atau trans yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung dan masalah kesihatan lain jika diambil dalam kuantiti yang banyak.
Meningkatkan Kalori
Proses menggoreng boleh meningkatkan jumlah kalori dalam sayur-sayuran dengan ketara. Ini disebabkan oleh penambahan minyak dalam proses menggoreng, yang menambah kalori tanpa memberikan nilai pemakanan tambahan yang ketara.
Karsinogen Bertambah
Menggoreng pada suhu tinggi boleh menyebabkan tindak balas kimia antara minyak dan bahan makanan – menghasilkan sebatian yang berpotensi karsinogenik. Pendedahan berterusan kepada sebatian ini boleh meningkatkan risiko kanser.
Peningkatan Risiko Penyakit Kronik
Pengambilan berlebihan makanan bergoreng, termasuk sayur-sayuran akan meningkatkan risiko penyakit kronik seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
Ingin memastikan bahawa nutrien dalam sayur-sayuran terpelihara dan boleh membantu meminimumkan risiko kesihatan, ketahui jenis sayur-sayuran yang tidak boleh digoreng:
#1 Brokoli
Brokoli adalah sayuran yang sangat kaya dengan serat, vitamin C dan antioksidan. Namun, apabila digoreng, brokoli boleh kehilangan sebahagian besar khasiatnya dan ia menyerap minyak yang digunakan untuk menggoreng.
#2 Bayam
Bayam adalah sumber zat besi dan antioksidan yang baik. Bagaimanapun, bayam mempunyai kandungan air yang tinggi, jadi ia mudah menyerap minyak apabila digoreng. (Menggoreng mengurangkan kandungan vitamin dan mineral.)
#3 Asparagus
Asparagus mengandungi banyak nutrien seperti vitamin K, vitamin C, dan folat. Malangnya, menggoreng asparagus boleh mengurangkan kandungan nutrisinya dan meningkatkan kandungan lemak dalam sayuran ini.
#4 Sayur sawi
Sayur sawi ialah sayuran yang kaya dengan serat, vitamin A dan vitamin C. Namun, apabila digoreng, sawi boleh menjadi rendah nutrien kerana ia menyerap banyak minyak. Selain itu, proses menggoreng boleh merosakkan nutrien sensitif dalam sayur sawi.
#5 Taugeh
Taugeh adalah sumber protein sayuran yang baik dan mengandungi banyak vitamin dan mineral. Walau bagaimanapun, tauge mempunyai tekstur yang mudah layu, jadi apabila digoreng ia boleh menjadi terlalu kering dan keras. Selain itu, menggoreng juga dapat menghilangkan kebanyakan khasiat yang terkandung di dalamnya.