Jika sebelum ini Miranda Kerr, Gisele Bundchen, Cate Blanchett dan Nicole Kidman telah menunjukkan sokongan mereka terhadap kempen Earth Hour, kini giliran Jessica Alba pula menjadi muka hadapan untuk kempen ini. Sebagai duta Earth Hour pada tahun ini, Jessica Alba ingin mengumpul 10,000 orang yang sanggup menggunakan bahan tanpa toksik dan mesra alam di rumah dan sekiranya berjaya, dia bersetuju untuk menyuruh anaknya menjadi stylist untuknya selama sehari. Wah, menarik sungguh idea ini.
Earth Hour merupakan acara tahunan sejak 2007, di mana semua orang di dunia digesa untuk memadamkan lampu selama sejam bagi menunjukkan sokongan terhadap kempen yang menyeru manusia untuk bertindak memerangi perubahan iklim dunia. Pada tahun ini, ia akan disambut pada 23 Mac ini pada jam 8.30 malam. Marilah kita sama-sama menyokong usaha murni ini dengan melaksanakan usaha tambahan selain daripada memadamkan lampu selama satu jam semasa Earth Hour.
CIPTAAN MASA HADAPAN UNTUK KESENANGAN MANUSIA >>