Kalau anda masih belum mencuba padel sukan bergaya yang kini jadi kegilaan ramai di seluruh dunia, inilah masanya! Volvo Car Malaysia kembali dengan Volvo Padel Open 2025, kejohanan padel paling besar di Malaysia dan tahun ini ia hadir dengan lebih banyak aksi menarik serta peluang kepada peminat sukan untuk turut serta, tak kira tahap pengalaman anda.
Bermula 21 Jun hingga 27 Julai 2025, Volvo Padel Open 2025 akan berlangsung setiap hujung minggu dan menyasarkan sehingga 320 penyertaan dari seluruh negara. Sama ada anda pemain baharu yang ingin mencuba padel buat kali pertama, atau sudah biasa turun gelanggang, acara ini memang untuk semua.
Padel, yang berasal dari era 1960-an, kini diiktiraf sebagai antara sukan yang paling pesat berkembang di dunia dengan lebih 25 juta pemain merangkumi 110 negara.
Edisi kali ini turut menyaksikan penyertaan semula rakan kelab padel terdahulu Padelground dan PadelKu serta kerjasama baharu bersama Joy Division Padel.
Peserta yang mendaftar bakal menikmati pelbagai faedah termasuk klinik latihan percuma sebelum kejohanan, kit sukan edisi khas Volvo, akses eksklusif ke perlawanan akhir, serta layanan istimewa di lokasi kejohanan.
Kenapa anda perlu sertai Volvo Padel Open 2025?
- Latihan Percuma – Klinik padel dikendalikan jurulatih profesional.
- Kit Sukan Eksklusif Volvo – Untuk setiap peserta yang mendaftar.
- Hadiah Menarik & Layanan Istimewa – Dari perlawanan pembukaan hingga ke final.
- Akses Eksklusif ke Perlawanan Akhir – Rasai pengalaman padel seperti VIP.
Pendaftaran dibuka dari 3 Jun hingga 3 Julai 2025, atau sehingga slot penuh. Jadi, jangan tunggu lama-lama!
Layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook dan Instagram untuk info lanjut.