EH! Selebriti Preloved bakal diadakan pada 26 dan 27 Oktober ini di Pasar Seloka. Seratus peratus hasil jualan akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa milik Datuk Sri Siti Nurhaliza untuk bantuan kepada warga Gaza.
Bertempat di Ur Mu, The Toffee Kuala Lumpur, EH! Buat pertama kalinya membuka booth di Pasar Seloka selama dua hari bermula 26 hingga 27 Oktober 2024, Sabtu dan Ahad. Kami mengumpul pelbagai item hasil sumbangan selebriti terkenal merangkumi baju, seluar, kasut, beg tangan dan pelbagai aksesori lain untuk dijual.
Antara selebriti yang menyumbang koleksi peribadi mereka untuk jualan ini ialah Eyka Farhana, Daiyan Trisha, Mimi Lana, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Dayang Nurfaizah, Sharifah Rose, Kaka Azraff, Azira Shafinaz, Manggis, Sophia Liana, Sherry Al-Hadad, Hael Husaini, Nia Atasha dan ramai lagi.
Temui kami Sabtu dan Ahad ini, Pasar Seloka dibuka dari jam 11 pagi hingga 8.00 malam pada hari Sabtu dan 11 pagi hingga 6.00 petang pada hari Ahad. Membeli sambil menghulur bantuan buat yang memerlukan. Jumpa di sana.