Jika anda sedang beralih ke jenama kopi lain atau kafe terbuka yang menyediakan kopi terbaik, EH! senaraikan 5 kafe kopi pilihan yang pernah EH! kunjungi, ps… tiada ‘gatekeeping‘ jika ia melibatkan hal kopi!
Di tengah keriuhan kota metropolitan ini, kopi telah menjadi sebahagian rutin yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan harian warga dan pengunjung. Kopi bukan hanya sekadar minuman, ia juga sebuah ‘penawar lelah’ bagi pekerja yang ingin mengambil ‘mood‘ harian kerja di pejabat mahupun mencipta waktu terluang antara rakan dan keluarga.
Kedai kopi di Kuala Lumpur terkenal dengan dekorasi dan desain interior dalaman yang unik. Telah banyak kedai kopi di Kuala Lumpur menampilkan seni lokal, perabot vintage dan atmosfera yang hangat dan ramah. Tempat-tempat ini seringkali menjadi pusat kegiatan sosial, tempat para pelanggan berkumpul untuk bertemu rakan-rakan atau hanya merenung di tengah aroma kopi yang memikat.
Menyajikan pelbagai jenis kopi dari seluruh dunia, termasuk kopi tempatan yang segar dan beraroma, semak senarai kafe kopi menarik di Kuala Lumpur:
1. Jiak Kopi
Jiak Kopi terletak di sebuah bangunan pusat membeli belah di Jalan Robertson Kuala Lumpur ini mempunyai atmosfera yang unik dengan hiasan dalaman yang penuh karakter, seperti dinding grafiti dan perabotan vintage. Mereka terkenal dengan minuman istimewa seperti Kopi, Teh, Cham dan makanan sarapan yang lazat.
Lokasi: GM-1-1 First Floor, GMBB Mall – Bukit Bintang 2, Jalan Robertson Kuala Lumpur, 50150 Wilayah Persekutuan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu: Ahad – Selasa (11.30 pagi sehingga 18.30 petang)
2. Peep Coffee (Rocket Coffee Sdn Bhd)
Kafe Peep Coffee terletak di Jalan Telawi, Bangsar ini adalah destinasi wajib untuk pencinta kopi sejati. Mereka terkenal dengan biji kopi berkualiti tinggi dan anda boleh menikmati kopi yang dipanggang dengan teliti sambil menikmati hiasan dalaman yang minimalis. Mereka juga mempunyai menu makanan yang menyelerakan, seperti sarapan all-day dan pastri yang lazat.
Lokasi: Vernakular Store, 33, Jln Telawi 3, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.
Waktu: Isnin – Ahad (08.00 pagi sehingga 21.00 malam)
Bagi yang ingin merasai kopi tempatan yang autentik, Piccola Kitchen & Bar adalah tempat yang perlu dikunjungi. Terletak di pinggir bandar, kafe ini mempunyai suasana yang santai dan mesra pelanggan. Mereka menawarkan kopi kampung yang dimodenkan dengan cara tradisional dan dihidangkan bersama makanan tempatan seperti laksa Johor dan makanan snek, Churros.
Lokasi: 6, Jalan Ceylon, Bukit Ceylon, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Waktu: Rabu – Isnin (12.oo tengahari sehingga 02.00 pagi) & Selasa (16.30 petang sehingga 02.00 pagi)
4. Yew Yew Coffee (Chinatown KL)
Bagi yang suka suasana yang lebih tenang, “Kafe Minimalis Taman” ini dalah tempat yang sempurna. Dekorasi dalaman taman tropika yang indah ini membolehkan anda menikmati secangkir kopi dalam kehijauan semulajadi di kepesatan metropolitan. Selain kopi, mereka juga terkenal dengan menu matcha yang disediakan dengan teliti dan anda juga boleh menikmati pastri segar di sini.
Lokasi: 63-D, Ground Floor, Bangunan Ka Yin, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur.
Waktu: Isnin – Jumaat (10.00 pagi sehingga 18.00 petang) & Sabtu – Ahad (10.00 pagi sehingga 21.30 malam)
5. Optimist Coffee | Kuala Lumpur
Optimist Coffee terletak di Jalan Bukit Bintang ini adalah antara tempat yang menarik untuk bersantai sambil menikmati kopi yang segar. Mereka juga amat mesra dalam menyampai mesej motivasi kepada pelanggan melalui tulisan di penutup cawan kopi.
Lokasi: SE1 Side Entrance Facing Jalan Bukit Bintang Lot 10, Shopping Centre, 50, Jln Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Waktu: Isnin – Jumaat (08.00 pagi sehingga 17.00 petang) & Sabtu – Ahad (09.00 pagi sehingga 18.00 petang)