Bulan Febuari lalu, EH! mengunjungi 3 kafe vegan pilihan yang terbaik dan berkualiti untuk anda yang inginkan pemakanan gaya hidup sihat, ini antara rekomendasi dan komen kami tentang mereka…
Kafe vegan kian mendapat tempat di hati pelanggan yang inginkan gaya hidup baharu dan lagi menarik apabila 3 kafe ini turut menawarkan menu yang strategi dan sihat untuk pelanggan mereka.
Menu makanan dan minuman yang bebas daripada produk awet, daging, ayam dan lain-lain ini memberikan anda pengalaman alternatif yang kreatif dan sihat seperti burger berasaskan tumbuhan, smoothie buah-buahan, salad yang kaya dengan nutrien dan banyak lagi.
Kami terpegun tatkala 3 kafe vegan ini menawarkan seleksi yang inovatif malah hidangan setiap ambilan juga telah dipastikan dan direka khas oleh pakar pemakanan mereka.
Sempena bulan Febuari yang memfokuskan inti pati Gaya Hidup Sihat, kami rekomendasikan tiga kafe vegan, tempat berkumpul bagi komuniti yang prihatin terhadap alam sekitar dan kesihatan, serta bagi mereka yang ingin mencuba gaya hidup tanpa produk haiwan.