#1 Kanteen
Terletak di Mont Kiara, Kanteen merupakan destinasi kulinari moden dan sihat yang sangat digemari oleh penduduk tempatan di Kuala Lumpur. Terletak di kawasan elit Mont Kiara yang terkenal dengan masyarakat antarabangsa, kafe ini menawarkan pengalaman makan yang unik dan menyeronokkan.
Setibanya di Kanteen, pengunjung akan segera merasai suasana yang hangat dan nyaman. Hiasan moden yang elegan digabungkan dengan sentuhan pokok mewujudkan suasana yang mesra dan menarik. Kafe ini menyediakan ruang yang luas dengan pilihan tempat duduk dalaman dan luaran, membolehkan pelanggan menikmati makanan mereka dalam suasana yang lebih terbuka jika mahu.
Menu di Kanteen adalah antara tarikan utama. Menggabungkan masakan tempatan Malaysia dengan hidangan antarabangsa, Kanteen menawarkan pelbagai pilihan untuk memenuhi citarasa semua orang. Antara hidangan yang paling popular ialah nasi lemak, mee goreng, pasta, dan burger.
https://www.instagram.com/reel/C2cGchxLdgt/
Namun, apa yang menarik perhatian EH! adalah, menu Vegan mereka yang inovasi dan ‘blow your mind‘. Hidangan Vegan ini disediakan dengan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi, memastikan setiap suapan memuaskan. Antara menua yang kami cuba ialah, Gado-gado salad, Corn Ribs, Satay Vegetarian yang hadir dengan 8 cucuk menyelerakan dan seleksi minuman yang berkhasiat.
Makanan berkualiti baik disertai dengan perkhidmatan yang cemerlang. Kami puji akan layanan di Kanteen, mereka sungguh mesra dan cekap, sentiasa bersedia membantu dan memberikan cadangan kepada pelanggan.