#3 Tiny Food Cafe (Plant-based Goodness)
Tiny Food Cafe (Plant-based Goodness) antara kafe vegan terakhir pencarian pilihan EH!. Tiny Food Cafe mempunyai konsep yang kukuh: “makanan berasaskan tumbuhan”. Ini bermakna keseluruhan menu yang ditawarkan adalah daripada bahan berasaskan tumbuhan dan bukan itu sahaja malah ia Muslim-Friendly, Free-Alcohol.
Menu yang ditawarkan di Tiny Food Cafe sangat pelbagai dan kreatif. Dari sarapan pagi hingga makan malam, kafe ini menyajikan pelbagai pilihan makanan yang menyelerakan. Beberapa menu kegemaran termasuk Char Siu Tofu Curry Pasta, Tofu Kaarage Bowl, Cauli Bites, Gluten Free Sweet Potatoes dengan pelbagai sos buatan sendiri, sandwic diisi dengan tempe atau tauhu yang enak, serta pelbagai pilihan pencuci mulut seperti Pecan Pie dan Lemon Pound Cake.
https://www.instagram.com/p/C5XjDtmSna9/
Suasana kafe ini juga sangat selesa untuk pelanggan santai lama. Dengan reka bentuk dalaman yang menekankan konsep semula jadi dan minimalis, Tiny Food Cafe memberikan rasa tenang dan selesa. Hiasannya didominasi oleh warna neutral dan tumbuhan hijau, mewujudkan persekitaran yang sejuk dan menyegarkan.