Teknologi sekarang bergerak begitu pantas sampaikan tak terkejar dek kita. Ada baik buruknya kecanggihan yang kita kecapi zaman ini. Contohnya seperti kedai atas talian yang tumbuh bak cedawan selepas hujan. Dari helaian pakaian, alatan elektronik, barangan kecantikan sehinggalah ke barangan dapur semuanya boleh dibeli atas talian.
Gambar: www.business2comunity.com
Tidak perlu meredah trafik untuk ke pusat beli belah untuk mendapatkan sehelai gaun makan malam, yang kamu perlu ialah internet. Betul, ia menjimatkan masa dan ia juga boleh buat kamu ketagih. Kawal nafsu kamu ketika hari gaji supaya tak habis semuanya dengan online shopping.
Gambar: www.messynessychick.com
- Apabila hari gaji, cepat-cepat buat bayaran yang perlu seperti sewa rumah, duit kereta, bil telefon dan bil untiliti.
- Hadkan duit belanja untuk membeli belah kamu setiap bulan. Belajar berdisiplin dengan kadar yang kamu tetapkan itu.
- Untuk mengelak dari kerugian, jika kamu berkenan sesuatu barang cuba cari lagi di blog shop yang lain untuk harga yang lebih murah. Kadang-kadang ada sesetengah penjual yang cuba mengaut keuntungan berganda, jadi kamu harus bijak berbelanja!
- Jangan gatal tangan melawat blog shop setiap hari kerana ia mengundang kamu untuk berbelanja.
- Sentiasa positif pada diri bila kamu inginkan sesuatu barang tapi bajet bulan ini sudah habis. Jangan risau, barangan atas talian sentiasa ada. Jangan terlalu ‘sayangkan’ promosi bulanan mereka.