Ciuman bibir adalah aktiviti sihat yang perlu diamalkan oleh suami isteri untuk kesejahteraan rumah tangga dan kesihatan.
Ciuman bibir dalam gerakan isyarat intim yang indah yang dikongsi oleh dua orang dan ia membantu mengeratkan hubungan antara suami isteri. Sains telah membuktikan bahawa ciuman bibir adalah lebih baik dan sihat daripada sekadar foreplay intim buat suami isteri. Bukan sekadar bagus untuk hubungan anda, malah bagus untuk kesihatan dan ia sebenarnya mempunyai banyak faedah daripada yang anda dapat bayangkan!
Berikut adalah 7 sebab mengapa ciuman bibir bagus untuk kesihatan suami isteri:
1. Bercium mengurangkan tahap kebimbangan.
Mencium pasangan anda boleh menenangkan anda dan membuatkan anda berasa kurang tertekan kerana ia mengurangkan tahap kortisol (hormon tekanan) dalam otak. Jadi teruskan aktiviti sihat ini bersama pasangan anda!
2. Ia bagus untuk gigi anda.
Siapa tahu bercium sebenarnya bagus untuk kebersihan gigi anda? Nah, memang, sebenarnya! Bertukar air liur dengan orang lain mampu meningkatkan aliran air liur anda sendiri dan membantu mengekalkan kesihatan gigi, gusi dan mulut anda sepanjang hari.
3. Ia membuatkan anda berasa gembira.
Bercium atau ‘snogging’ mampu membuatkan otak anda menghasilkan sekumpulan hormon yang membuatkan anda berasa menakjubkan kerana ia mencetuskan pusat keseronokan pada otak anda. Bahan kimia ini dinamakan sebagai oxytocin, dopamine dan serotonin dimana hormon ini bukan sahaja membuatkan anda berasa gembira, malah menggalakkan perasaan ikatan dan kasih sayang antara pasangan anda.
4. Mengukuhkan ikatan anda.
Ciuman yang mendalam dan penuh kasih sayang mengeluarkan hormon oksitosin, juga dikenali sebagai hormon cinta yang menurut penyelidikan ia membantu dalam membina kepercayaan antara satu sama lain.
5. Ia mengurangkan tekanan darah anda.
Apabila anda mencium ia meningkatkan degupan jantung dan mengembangkan saluran darah anda, yang seterusnya meningkatkan aliran darah hingga mengurangkan tekanan darah anda dengan ketara.
6. Meningkatkan dorongan seks.
Apabila anda bercium dengan pasangan secara romantik, ia mempengaruhi kebolehan kalian untuk membuat keputusan dan meningkatkan peluang hubungan seks. Selain itu, air liur mempunyai testosteron, hormon yang memainkan peranan besar dalam rangsangan seksual.
7. Melambatkan tanda-tanda penuaan.
Memandangkan ciuman meningkatkan aliran darah ke muka, ia merangsang pengeluaran kolagen dimana ia mengandungi protein yang bagus untuk kulit anda. Ciuman yang penuh ghairah pula boleh membawakan kepada kebaikan menegangkan wajah anda. Satu lagi sebab untuk bermesra dengan pasangan anda malam ini, jadi jangan tunggu lagi!