Detox ialah proses membersihkan atau menyah segala toksin yang ada dalam badan kita. Dalam erti kata lain ia membersihkan darah dengan mengeluarkan bendasing dari darah daripada memasuki hati (organ dimana toksin diproses dan dinyahkan). Selain dari itu, toksin juga boleh dibuang melalui organ-organ seperti buah pinggang, usus, paru-paru, limpa dan juga kulit.
Gambar: organi.com.au
Apa yang akan terjadi jika badan tidak mampu menampung dan menapis segala toksin didalamnya?
Ia boleh mengundang kepada kesorakan sel-sel tubuh badan dan yang baling teruk apabila DNA seseorang itu rosak, ia boleh mengundang menyakit kanser.
Jadi amalkan gaya hidup yang sihat sepanjang hari seperti:-
- Hentikan pengambilan alkohol, rokok dan gula.
- Minimumkan penggunaan bahan kimia (yang banyak terdapat dalam produk kosmetik, syampu, dabun, diodoran dan sebagainya).
- Elakkan stres yang melampau kerana ia akan membebaskan hormon stres dalam badan yang menyebabkan‘adrenaline rush’.