Oleh: Farhana Fuad
Gambar: INGimage
Sebenarnya habit yang menggelikan tidak semestinya buruk. Ada juga habit yang kita rasa menjijikkan tetapi baik untuk kesihatan. Buang angin, sendawa, dan banyak lagi habit lain yang kita rasa ia menjijikkan tetapi sebenarnya ada kebaikannya untuk kesihatan tubuh badan.
Jadi, EH! Kongsikan kebenaran disebalik habit buruk ini.
Membersihkan liang telinga dengan putik kapas: Tidak Baik untuk Kesihatan
Pakar sendiri melarang kita membersihkan liang telinga kerana sebenarnya, tahi teliga adalah sihat dan telinga memerlukannya kerana ia melindungi telinga serta bertindak sebagai agen aktibakteria. Jika telinga anda mempunyai terlalu sedikit cecair, ia akan mengakibatkan telinga kering dan mudah gatal. Ia adalah disarankan untuk membersihkan telinga menggunakan tuala basah dan mencuci cuping telinga dan bahagian luar liang telinga untuk menjamin kebersihannya.
Sendawa: Baik untuk Kesihatan
Sendawa yang kuat dan berbau setelah menjamu selera pastinya satu perkara yang tidak sopan dan memalukan tetapi sebenarnya ia baik untuk perut. Tatkala sesudah makan dan perut sudah dipenuhi dengan makanan, pastinya ia terasa berat dan kembung akibat kekenyangan. Sendawa sebenarnya adalah cara tubuh melepaskan angin yang terperap di dalam perut melalui esofagus dan seterusnya mulut. Sendawa sesudah makan semestinya normal tetapi jika anda tidak berhenti sendawa sepanjang hari, ia bermakna perut anda dipenuhi gas dan angin yang berlebihan.
Buang angin: Baik untuk Kesihatan
Ianya sama seperti ekzos kereta. Kembung perut adalah kesan sampingan yang normal dan pembuangan angin adalah tindak balas semula jadi yang terhasil dari saluran pencernaan untuk membebaskan sekatan angin dalam tubuh. Ianya baik dalam mengelak dari masalah gastrik dan asid berlebihan di dalam perut.