Kedai serbaneka nombor satu Korea Selatan, CU bakal membuka pintu stor pertama mereka pada 1 April 2021 yang berlokasi di Centrepoint di Bandar Utama, Petaling Jaya.
We are coming to CU soon!
Penantian peminat CU bakal berakhir tidak lama lagi. Walaupun kita masih belum dibenarkan untuk melancong ke destinasi popular di Korea Selatan seperti Seoul, Pulau Jeju ataupun Busan, tetapi peminat gaya hidup Korea kini dapat merasainya di Malaysia tiba bulan hadapan. Kedai serbaneka nombor satu Korea Selatan itu bakal membuka pintu stor pertama mereka pada 1 April 2021.
Stor flagship CU yang pertama akan berlokasi di Centrepoint di Bandar Utama, Petaling Jaya. Kedai mudah beli yang mempunyai lebih 15,000 buah stor di seluruh Korea Selatan itu akan dioperasikan oleh Mynews Holdings Berhad di Malaysia, yang merupakan rangkaian kedai mudah beli utama di dalam negara.
Jika anda adalah peminat siri drama Korea, anda pasti pernah menonton babak-babak di kedai mudah beli yang turut menampilkan stor CU. Cukup dekat dengan jiwa peminat gaya hidup Kora, dan akhirnya ia akan berada di Malaysia. Anda kini dapat menjalani pengalaman gaya hidup Korea yang sebanar dalam kehidupan harian dengan menikmati aneka segar citarasa Korea Selatan. Antara hidangan yang autentik Korea yang boleh didapati di sini, termasuklah variasi makanan jalanan seperti Tteokbokki, Dakgangjeong (Ayam Goreng), Corn Sausage, Odeng (Kek Ikan) dan banyak lagi.
Tambahan lagi, ia akan membariskan rangkaian snek dan pelbagai jenis minuman yang dimport terus dari Korea Selatan. Tidak dilupakan, produk kecantikan dan kosmetik selain barangan harian lain akan turut dijual nanti. Buat yang peminat beragama Islam usah risau. CU adalah lokasi yang mesra Muslim. Semua makan segar di sini akan diambil dari pusat pemprosesan makanan yang mempunyai sijil Halal.
Buat yang merindui Korea, jangan lupa untuk ‘melancong’ ke Centrepoint di Bandar Utama pada 1 April nanti. As the saying goes, if you cannot travel to Korea, let CU bring Korea to you!
Foto: CU Malaysia
Baca lebih lanjut: Transformasi Song Kang Sebagai Ballerino