Teks : Anis Hanini
Jika anda sukar bayangkan diri anda untuk ‘segar’ tanpa secangkir kopi mahupun teh setiap hari, tahniah diucapkan! Ini bermakna anda mungkin salah seorang individu dalam dunia yang ketagih kafein. Usah risau, keinginan pada kafein bukan sesuatu yang negatif kerana ada beberapa kelebihan yang ramai tidak tahu tentang kafein ini.