Rakyat malaysia digemparkan dengan gegaran kecil selama 30 saat yang yang melanda di beberapa buah negeri. Do you feel it?
Gempa bumi yang dirasakan oleh rakyat Malaysia ini adalah disebabkan gempa bumi yang berukuran 6.2 skala Ritcher dari pantai barat Sumatera, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer, kata agensi geofizik negara BMKG. REUTERS melaporkan pusat gempa bumi berada di darat dan tiada risiko tsunami, kata agensi itu menerusi Twitter. Gegaran dirasai di bahagian Barat Semenanjung terutama di Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor kata agensi METMsia. Walaupun hanya gegaran kecil dan tidak berlaku sebarang ancaman tsunami tetapi ramai diantaranya berasa terkejut dengan gegaran tersebut dan juga bimbang akan keadaan saudara kita di sana.
GB kuat M 6.1 di Utara Sumatra, Indonesia pd 9:39 pg, 25 Feb 2022. Pusat gempa bumi terletak 0.2° U & 100.0° T dgn kdlman 10 km. 76km BL dr Payakumbuh,Indonesia. Tiada ancmn tsunami. Gegaran dirasai di bhgn Barat Smnjg terutama di S'gor, Perak, NSembilan, Melaka & Johor. METMsia pic.twitter.com/4lgKSc2V7G
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 25, 2022