Malaysia dikelilingi Lingkaran Api Pasifik, kawasan gempa bumi dan aktiviti gunung berapi hebat. Walaupun kita berada di luar jaluran itu, sebenarnya kedudukan kita agak hampir. Ini bermakna apa yang berlaku sepanjang lingkaran itu, negara akan merasainya. Malah, dengan kedudukan zon itu yang hanya 450 kilometer dari Kuala Lumpur dan 1,000 kilometer dari Kota Kinabalu, sudah tentu negara seolah-olah dihimpit lingkaran ini.
Kebanyakan yang merasai kejadian tersebut memberhentikan segala kegiatan dan ada juga yang turun berhimpun dibawah kerana khawatir akan kejadian gegaran tersebut kerana hampir keseluruhan bangunan di Malaysia tidak mempunyai daya ketahanan gempa, tidak seperti negara di rantau ini seperti Jepun, Filipina dan Indonesia. Tetapi kebanyakan bangunan dinegara ini masih kukuh untuk menangani kesan gempa bumi sederhana jika ia dibina mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Namun, jika ada bangunan tinggi tidak mempunyai ciri yang boleh menyerap gegaran ada kemungkinan kemusnahan boleh menjadi besar walaupun gegaran kecil. Walaupun risiko rendah, kita tidak boleh rasa selesa kerana risiko tetap ada.
Felt an earthquake just now . @ Putrajaya , Malaysia . Stay safe everyone #Earthquake #Gempa #Sumatera #BukitTinggi #Indonesia pic.twitter.com/jt8qdEA2Cc
— WMH هاسف 🇲🇾🇵🇸 (@wmsif) February 25, 2022
Do guys feel it just now? #gempa pic.twitter.com/kPxfTbNanQ
— hilfa ⚡️ (@hilfa_akmal) February 25, 2022