Pasti ramai sudah mencuba Kurma Butter atau mentega kurma yang tular di TikTok pada hari pertama sahur Ramadan bukan? Alang mengikuti dan mencuba, sudahkah anda mengkaji kandungan, kebaikan serta kekurangan Kurma Butter ini?
Kurma terkenal dengan khasiat ajaibnya. Setiap kali bulan ramadan, juadah kurma pasti menjadi pembuka puasa. Apatah lagi, muncul pula resipi baharu yang tular di TikTok, iaitu Kurma Butter.
Hanya dua bahan mudah penyediaan, Kurma dan sekotak mentega yang dipotong kecil.
Anda perlu membuang biji kurma terlebih dahulu dan pastikan mentega yang digunakan berjenama dan tidak mengandungi bahan penambah rasa.
Adalah disarankan untuk mengambil 3 biji Kurma Butter pada waktu sahur kerana ia membantu pencernaan yang baik pada hari siang.
Kelebihan dan kekurangan Kurma Butter di Bulan Ramadan yang anda perlu tahu:
Kelebihan:
- Sumber Tenaga Cepat
Kurma kaya dengan kandungan karbohidrat dan gula semulajadi yang memberikan tenaga pantas kepada badan yang berpuasa sepanjang hari. Ditambah dengan mentega, ia membantu memulihkan paras gula dalam darah secara beransur-ansur selepas berpuasa sepanjang hari.
- Kaya dengan Nutrien
Mentega kurma mengandungi serat, vitamin dan mineral yang penting untuk kesihatan badan. Serat membantu dalam pencernaan yang sihat, manakala vitamin dan mineral menguatkan sistem imun.
- Mudah Dimakan
Mentega kurma mudah disediakan dan dimakan. Mereka tidak memerlukan penyediaan yang rumit dan boleh dihidangkan dengan cepat apabila tiba waktu berbuka puasa mahupun sahur.
Kekurangan:
- Tinggi Kalori
Mentega kurma tinggi kalori kerana kandungan gula dan mentega yang semulajadi. Bagi mereka yang mengawal pengambilan kalori, pengambilan mentega kurma secara berlebihan boleh menyebabkan penambahan berat badan dan penyakit kolestrol.
- Potensi Ketagihan
Rasa manis semulajadi Mentega kurma boleh menyebabkan penyakit obesiti jika diamalkan setiap hari pada waktu sahur. Pengambilan berlebihan boleh mengganggu keseimbangan gula dalam darah dan berpotensi mencetuskan keinginan untuk makan lebih banyak makanan manis.
- Kandungan Lemak Tidak Sihat
Kandungan lemak tepu dalam mentega boleh meningkatkan risiko penyakit jantung jika diambil secara berlebihan.