
“Baskin-Robbins telah dikenali sebagai jenama yang menampilkan perisa luar biasa, menarik, unik dan innovatif. Kami sangat teruja untuk berkolaborasi bersama dUCk yang berkongsi misi yang sama dengan kami dalam mengubah tanggapan stereotaip namun masih mengekalkan keriangan dan membawakan gaya moden ke dunia fesyen busana Muslimah” kata Encik Cheah Jia Ming, CEO Golden Scoop Sdn Bhd.

Sebahagian daripada kolaborasi ini, dUCk akan melancarkan koleksi tudung edisi terhad serta pakaian diinspirasikan daripada perisa aiskrim terkenal iaitu Baseball Nut, Pralines ‘N Cream, Strawberry Cheesecake dan Mint Chocolate Chip. Set edisi terhad dUCk x Baskin-Robbins Body Butter & Body Scrub tercetus daripada perisa aiskrim terkenal seperti Very Berry Strawberry, Mint Chocolate Chip dan Praline ‘N Cream. Akhir sekali, Mayday Tote direka khas dalam cetakan motif Baskin-Robbins bagi melengkapkan gaya.
Kolaborasi istimewa ini boleh didapati bermula pada hari ini sehingga 12 Mei 2022 secara atas talian di laman web dan aplikasi dUCk. Juga Baskin-Robbins Single Junior scoop akan diberikan secara percuma dengan setiap pembelian ‘Pint’ Baskin-Robbins secara atas talian.
Foto: The dUCk Group
Baca lebih lanjut: Jamuan ‘Nasi’ Ramadan Di DÔME Café