Hari Ke-9
Tidak banyak yang kami lakukan pada hari terakhir di sana. Selepas sarapan pagi, kami mengemas dan membersihkan campervan sebelum dihantar pulang nanti. Sebelum memulakan perjalanan ke Auckland, kami sempat bersiar di sekitar kota Hamilton untuk membeli cenderahati. Kami juga singgah ke gedung Kmart Hamilton yang membuat saya rambang mata dengan seleksi barangan yang sangat murah.
Selepas menghantar campervan, kami menaiki bas yang disediakan percuma ke Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland untuk pulang ke Kuala Lumpur. Kaki seperti sungguh berat untuk meninggalkan New Zealand. Tapi saya berjanji untuk kembali satu hari nanti. Mungkin ke South Island pula.
E noho rā, New Zealand