Hari Pertama
Penerbangan AirAsia X dari Kuala Lumpur mengambil masa lapan jam ke Gold Coast, Australia sebelum meneruskan lagi penerbangan selama tiga jam ke Auckland, New Zealand selepas sejam transit. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland pada jam 4 petang, waktu di sana sudah mula gelap.
Oleh kerana syarikat campervan hanya buka sehingga jam 3 petang, kami mengambil Uber ke bandaraya Auckland untuk bermalam di sana. Saya sempat bersiar di sekitar Auckland sambil membeli barang dapur dan makanan untuk persedian perjalanan bersama campervan keesokan harinya.