Hari Ke-4
Terletak di pusat Tongariro National Park, Mt. Ruapehu merupakan antara beberapa kawasan di North Island yang mempunyai salji. Selepas bermalam di Whakapapa Village, saya terus ke Whakapapa Ski Area untuk menjalankan aktiviti seperti ski dan snowboarding. Snowboarding adalah antara aktiviti lasak yang saya mahu cuba sejak kecil lagi.
Buat yang pertama kali, pengunjung akan diberikan kelas asas selama satu hingga dua jam. Selepas selesai kelas tersebut, tiba masa untuk saya menunjukkan power di atas salji! Jujurnya, snowboarding adalah antara aktiviti yang paling susah pernah saya buat. Sangat memenatkan lebih-lebih lagi selepas jatuh di atas salji membeku.
Untuk berehat dan memanaskan badan, cuba menikmati secangkir kopi atau coklat panas di Knoll Ridge Café yang merupakan kafe tertinngi di New Zealand. Ia berada 2020 meter di atas aras laut berlatarkan keindahan pergunungan salji Mt Ruapehu.
Puas bermain salji, kami memandu selama 2 jam ke Great Lake Taupo dan bermalam di sana.