Hari Ke-8
Keesokan harinya selepas sarapan pagi, kami memulakan perjalanan ke Waitomo Glowworm Caves yang terletak di Waikato. Tour setiap setengah jam ini diketuai oleh seorang guide yang akan memberi penerangan berguna mengenai gua yang pertama diterokai pada 1889. Dan tahun ini menandakan ulang tahun yang ke-125.
Selepas berjalan selama 30 minit, kami menaiki bot menyusuri sungai di dalam gua sambil menyaksikan jutaan glowworm yang menerangi dinding gua. Seperti melihat langit yang dipenuhi dengan bintang-bintang terang, ia adalah pengalaman yang sangat magikal. Tapi malangnya pengunjung tidak dibenarkan mengambil foto kerana akan mengganggu ekosistem glowworm tersebut. Diakhir tour nanti terdapat kedai yang perlu anda singgah kerana ia menjual pelbagai jenis cenderahati pada harga sangat berpatutan. Banyak juga duit yang saya habiskan di sana.
Selepas makan petang, kami meneruskan perjalanan ke Hamilton dan bermalam di sana.