Di tengah gemerlapan lampu kota raya, terdapat sebuah restoran yang menarik selera para pencinta daging panggang— Restoran Burnin’ Pit, destinasi utama bagi pecinta cita rasa daging panggang premium yang menggoda selera dengan teknik masakan uji masa untuk memastikan rasa dan kualiti yang terbaik.
Ruangan dalaman yang hangat dan sentuhan dekorasi kayu melalui siling tinggi, tingkap simetri besar dengan pancaran dalam cahaya semula jadi membuatkan kami terpesona dan merasa selesa saat pertama kali menjejaki ke Restoran Burnin’ Pit di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. Perabot kayu gelap memberikan rasa gaya yang moden dan ruangan dapur masak yang terbuka membuatkan para pengunjung teruja untuk melihat persiapan makanan secara peribadi dari sidang meja.
Restoran yang mampu memuatkan 90 tetamu dan sesuai untuk keluarga ini terkenal dengan seleksi menu yang menjanjikan keseronokan, kemewahan dan kelazatan pengalaman daging panggang – masak perlahan yang moden dengan sentuhan cita rasa lokal penuh selera.
Layanan mesra oleh pelayan membuatkan kami berasa istimewa dan terpegun tatkala mereka amat membantu dalam menjelaskan menu dan perincian masakan, berkongsi pilihan menu yang popular dan merekomendasikan sajian terbaik.
Konsep makanan dan minuman ala America-Texas ini mengelevasikan rasa daging panggang yang premium hanya dihidangkan untuk pelanggan, menikmati pengalaman masakan yang unik seperti di Texas.
Daging lembu yang diperoleh daripada pembekal halal dipotong khusus dari bahagian bawah dada lembu, dipanggang di dalam dapur tekanan api sekurang-kurangnya 6 hingga 12 jam bergantung pada saiz dan potongan daging dengan menggunakan kaedah api yang rendah dan perlahan untuk menghasilkan hidangan daging panggang yang cair dan lembut di dalam mulut anda.
Bukan itu sahaja, di samping arang yang membara, kayu tempatan seperti kayu getah Malaysia dan pokok buah-buahan seperti durian, nangka dan rambutan digunakan untuk meningkatkan rasa daging.
Diselia oleh Chef Eksekutif di Burnin’ Pit, Eugene Cheam, mengkonseptualisasikan hidangan rasa barbeku yang rendah dan perlahan lantas meletakkan Burnin’ Pit dalam pakar daging salai dan barbeku gaya Amerika.
Berikut adalah enam hidangan popular yang boleh anda cuba di Restoran Burnin’ Pit:
Bagi mereka yang lebih suka menjamu selera ringan, pilihan Birria Taco, roti tortilla kecil diisi pelbagai inti termasuk Pulled Beef Brisket, membuatkan setiap gigitan Birria Taco membawa sensasi cita rasa yang menyeluruh dan cita rasa yang tak terlupakan.
Double Wagyu Smash Cheeseburger di Burnin’ Pit tidak sekadar menu biasa; ini adalah kombinasi harmonis antara kelembutan daging Wagyu berkualiti tinggi dan sentuhan khas dari chef berbakat. Roti burger yang lembut dan kenyal, dilapis bersama daging Wagyu yang lembut, kelazatan yang sulit diungkapkan.
Philly Cheese yang dipanggang dengan sempurna, lengkap dengan hirisan bawang merah yang caramelized, paprika, dan tentu saja, keju leleh yang melimpah. Aroma harum daging panggang dan keju yang meleleh langsung membangkitkan selera.
Tidak hanya menghadirkan cita rasa daging panggang yang istimewa, tetapi Burnin’ Pit juga memikat hati para pencinta ayam dengan sajian Nashville Fried Chicken yang pedas dan ranggup. Aroma harum rempah dan resepi asli Nashville ini dihidang bersama pendamping seperti Mashed Potatoes dan coselow segar menciptakan keseimbangan cita rasa yang memanjakan lidah.
Rusuk kambing salai yang dipanggang dalam oven kayu bakar asli selama 6 jam ini cair dan lembut dalam mulut anda. Kaya rasa yang pelbagai dan sungguh lembut ini membuatkan daging panggang ini mudah terlerai dari tulangnya sendiri. Pelanggan boleh memilih 3 cita rasa yang berbeza untuk rusuk kambing salai antaranya; BBQ, Memphis and Espresso. Dimakan bersama sos buatan sendiri Burnin’ Pit, sos Spicy Smoky BBQ Gula Melaka dan sos Milder Sweeter Peach membuatkan anda ingin bertambah!
Tidak sempurna kunjungan anda ke Burnin’ Pit tanpa mencuba salah satu hidangan signature platters iaitu Tex Mex, hidangan platters merangkumi dari pilihan daging – Angus Beef Brisket yang dipanggang selama 12 jam dalam suhu tekanan rendah dan perlahan api, disamping jagung bakar lemak manis lengkap dengan empat pilihan sos; Salsa Verde, Salsa Roja, Tomato Coulis, Lime Cilantro Yogurt yang cukup menyelerakan.