Saban tahun kos sara hidup terutamanya di kota metropilitan seperti Kuala Lumpur semakin meningkat. Nak demand gaji lebih, pengalaman tidak mencukupi pula. Nak balik kerja di kampung, peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang kamu tiada. Apa yang mampu kamu lakukan? Terpaksalah buat dua kerja demi menyara hidup. Kata orang, masa muda inilah kita nak kerah tenaga, cuba segala macam pekerjaan dan kumpul wang simpanan untuk hari mendatang. Nama pun kerja sambilan untuk duit poket lebih, jadi jangan sampai mengganggu kualiti dan masa kerja tetap kamu mula. Jenis kerja sambilan apa yang boleh kamu lakukan supaya tidak merosakkan prestasi kerja tetap kamu?
Gambar: workitmom.com
Bisnes Alam Maya
Gunakan kecanggihan teknologi yang ada dengan melakukan bisnes di alam maya. Tak perlu modal yang besar untuk sewa kedai atau menggaji pekerja, cukup sekadar tahu membahagikan masa dengan pelanggan supaya mereka berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberi. Maklumkan kepada pelanggan kamu jika ada kelewatan untuk menguruskan pembelian mereka supaya mereka faham dan boleh bertolak ansur.
Kerja Hujung Minggu
Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang untuk bekerja dihujung minggu tapi bagi yang tidak kisah (terutamanya yang belum berkeluarga) mungkin tiada masalah bagi mereka. Sekarang ini terlalu banyak peluang pekerjaan sambilan yang memerlukan komitment dihujung minggu.
Kerja Kontrak
Cuba cari kerja kontrak yang tidak memerlukan kamu ke pejabat dan boleh melakukannya di rumah. Dalam erti kata lain, yang boleh berhubung menggunakan internet sahaja. Contohnya seperti penterjemahan bahasa. Biasanya kamu akan diberikan satu tempoh masa tertentu untuk menyiapkan tugasan yang diberi.