Teks : Anis Hanini
Sejak kebelakangan ini, kes-kes penganiayaan terhadap haiwan kian mendapat liputan oleh media dan mula menjadi isu yang sering dibangkitkan di kalangan penduduk Malaysia sendiri. EH! senaraikan beberapa kes penganiayaan terhadap haiwan yang berlaku sejak beberapa tahun ini.
3. Tahun ini pada bulan Mei, seorang lelaki terjumpa seekor kucing yang digantung di sebuah tiang lampu di Taman Klang Jaya, Klang. Kaki hadapan kucing diikat dan ketika ditemui kucing tersebut telah mati dan diharungi oleh lalat. Menurut jiran-jiran taman tersebut, kucing betina itu sering berkeliaran dan baru sahaja melahirkan anak namun tidak pernah mengacau penduduk.
UNDANG-UNDANG PENDERAAN TERHADAP HAIWAN DI MALAYSIA
Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) dicipta bertujuan untuk memastikan pemilik bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka dan ia berkuatkuasa sejak 1 Julai 2017. Penguatkuasaan ini menyaksikan mereka yang didapati bersalah dalam lima keperluan utama yang digariskan boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti penalti bermula RM10,000 hingga RM100,000 atau penjara hingga 3 tahun.
Antara beberapa perkara penting pemilik haiwan perlu tahu tentang Akta Kebajikan Haiwan 2015 adalah:
1. Akta ini membenarkan Ahli Lembaga Kebajikan Haiwan daripada persatuan dan organisasi untuk memantau dan mengawas haiwan yang disyaki dianiayai. Dengan ini, sebarang penderaan, kekejaman atau kecederaan terhadap haiwan secara sengaja akan menjadi diletakkan di antara Jabatan Perkhidmatan Veterinar, badan bukan kerajaan (NGO) serta organiasi lain dengan kebenaran daripada jabatan untuk mengurangkan kesakitan pada haiwan.
2. Akta ini juga tidak membenarkan mana-mana orang menjual haiwan kepada kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah kecuali ditemani oleh orang dewasa. Jika didapati bersalah atas penjualan ini, mereka akan didenda tidak kurang daripada RM15,000 dan tidak lebih daripada RM75,000 atau dipenjara selama tidak lebih daripada 2 tahun atau kedua-duanya.
3. Akta ini juga melarang pembunuhan sebarang haiwan termasuk haiwan peliharaan domestik dan haiwan jalanan melainan pembunuhan tersebut dibenarkan oleh lembaga veterinar atau doktor.
4. Seksyen 24 Akta Kebajikan Haiwan pula menyatakan bahawa pemilik haiwan atau pemegang lesen hendaklah mempunyai kewajipan untuk menggambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan keperluan haiwan dipenuhi termasuk menyediakan keperluan untuk persekitaran bersesuaian, keperluan diet pemakanan, keperluan untuk haiwan mempamerkan corak kelakuan semula jadi, keperluan untuk ditempatkan bersama dengan atau berasingan daripada haiwan lain serta keperluan untuk melindungi haiwan daripada kesakitan, penderitaan, kecederaan dan penyakit.
5. Melalui akta ini, pegawai kebajikan haiwan kini dibenarkan untuk memasuki permis walaupun waran yang diisu tertangguh, bagi menyelamatkan haiwan yang disyaki teraniaya. Mereka yang didapati bersalah akan dikenakan denda atanra RM15,000 hingga RM100,000 dan/atau penjara selama tiga tahun.