Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka namun secara tidak sedar ada ibu bapa yang melakukan kesilapan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
Memang benarlah orang kata setiap sifat anak-anak itu sebenarnya dilihat berdasarkan bagaimana cara ibu bapa membesarkan mereka. Jika anda mahukan anak-anak membesar dengan terbaik, jangan lakukan perkara ini pada mereka.
1. Menjadualkan Kegiatan Harian Anak
Kini ramai ibu bapa gemar mengatur aktiviti si anak tanpa mengikut atau bertanya kemahuan mereka. Cara ini boleh membuatkan anak memberontak kerana ia mungkin bercanggah dengan minat mereka.
2. Kurang Mengawasi Aktiviti Anak
Ibu bapa sibuk dengan tuntutan kerja dan hal masing-masing sehingga tidak memberikan perhatian kepada si anak dengan sepenuhnya. Mereka tidak memantau video yang ditonton oleh si anak, dengan siapa anak itu berkawan dan apa yang dilakukan si anak apabila ada kelapangan.
3. Kurang Memberi Sentuhan Kepada Anak Kerana Ibu Bapa Sibuk Dengan Tuntutan
Perkara ini nampak remeh tetapi amat memberi kesan kepada tumbesaran dan pembentukan tingkah laku anak. Sebagai ibu bapa anda seharusnya kerap membelai, menyentuh dan memeluk si anak. Ini membuatkan anak rasa lebih dihargai dan disayangi.
Sumber : Jelita.com.my